Tuesday, 20 March 2012

Lafazkan Kalimah Cintamu


Nak share2 skit tentang novel ni...
LKC adalah novel Terbaik yang pernah saya baca, penuh dengan pelbagai emosi... ade tangisan, ade kegembiraan, ade kekecewaan.. mcm2 emosi akan terasa, menangis teresak-esak, ketawa terguling-guling, romantik yg tersenyum-senyum,geram yg meluap-luap,benci yg teramat sangat..

Tengku Aqila, dari kecil hidupnya tidak pernah disukai oleh bapa dan kakak sendiri, dia dibesarkan oleh si ibu yang menghidap barah sehingga ibunya meninggal dunia semasa Tengku Aqila berumur 10tahun, derita hidup sikecil berpanjangan kerana dibiarkan membesar dikampung tanpa kasih sayang dari papanya. sehingga dewasa Tengku Aqila hidup sendirian tanpa sokongan keluarga disisi. Dihantar ke America melanjutkan pelajaran dgn alasan tidak mahu Tengku Aqila berada dekat dgn papa dan kakaknya. Kerana dendam dan iri hati kakak Tengku Aqila bila mendapat tahu adiknya mendapat anugerah 'First Class Honours' di universiti, Tengku natasha menghasut fikiran papanya untuk mengambil Tengku Aqila bekerja di Megah Holding sbg Tea Lady cum Receptionist, dan Tengku Aqila terima tawaran itu dengan harapan dapat menambat Hati seorang Papa... 

Perkahwinan tanpa cinta dengan Tengku Ryan Ameer terjadi kerana wasiat yg ditinggalkan oleh arwah papa Tengku Ryan, supaya mereka berdua berkahwin. Tengku Hashim lakukan demi untuk membela nasib Tengku Aqila yg juga anak saudaranya dan Tengku Aqila terpaksa menerima perkahwinan itu hanya untuk mendapatkan kasih sayang dari papanya Tengku Hisyam, walaupun dia tahu hakikatnya dia mungkin tidak akan pernah mendapatkan kasih sayang yg didamba.. 

Kehidupan Tengku Aqila dilanda perbagai ujian dan rintangan, hidup bersama Suami yg membencinya dan janji palsu yg ditaburkan oleh papanya. Sehingga dia terasa begitu hina dimata Tengku Hisyam, dia cube menjadi anak yg berbakti tetapi dia dituduh membawa malang pada keluarga sendiri. Kata2 hinaan yg keluar dari mulut Tengku Hisyam membuat Tengku Aqila sedar yang dia tidak akan pernah mendapat kasih sayang dah belaian dari tengku Hisyam, sehingga dia mengambil keputusan untuk meninggalkan segala2nya termasuk Tengku Ryan. 

Kuasa Allah menentukan, Tengku Hisyam mengalami stroke dah lumpuh separuh badan.. Anak yang disanjung dan ditatang bagai minyak yg penuh, Tengku Natasha lebih memilih untuk bercuti ke luar Negara dan tidak mahu menjaga papa yg lumpuh, tinggal Tengku Ryan Ameer yang menjaga Tengku Hisyam. Secara tak sengaja Tengku Aqila pulang ke rumahnya yg juga rumah org gaji disebelah rumah Banglo milik Tengku Hisyam, dan mengetahui keadaan sebenar papanya. Tengku Aqila memainkan peranannya sebagai anak utuk menjaga Tengku Hisyam, walaupun pada mulenya tidak disukai oleh Tengku Hisyam. Keikhlasan yang ditunjukkan dari tingkah laku Tengku Aqila sangat menambat hati Tengku Ryan.

Bermulalah Kisah bahagia Tengku Aqila bile dia diterima sepenuhnya oleh Tengku Hisyam sebagai anak, dan diakui kewujudan sebagai Isteri oleh Tengku Ryan Ameer. Hidup Tengku Aqila sangat bahagia, tetapi kebahagian itu diragut selepas Tengku Natasha pulang ke Malaysia. Kerana iri dengan kebahagian Tengku Aqila, Tengku Natasha bertindak menaburkan fitnah untuk menhacurkan kebahagian Tengku Aqila, sehingga perpisahan berlaku pada perkahwinan Tengku Aqila dan Tengku Ryan.

No comments:

Post a Comment