Sebuah Drama Adaptasi Novel, bagi saya pemilihan pelakon untuk watak Hero dan Heroin drama ini sangat tepat. Lakonan Zara Zya dan Azlee Khairi betul2 mantap, mereka sangat pandai menjiwai watak Zaara Amira dan Zafriel Irham...
Pada saya, kalau asyik tengok pelakon yang same saje kan..saya pun naik boring, tak salah penerbit bagi peluang pada mereka berdua. Terbukti sekarang, tak semestinya pelakon yang sebelum ini hanya memegang watak pembantu tidak boleh berlakon dengan baik untuk watak utama...
Terbaik la, drama Adaptasi Love You Mr.Arrogant ni...Sweet sangat2...
Lagu Tema ye..Layannnnn....
Sweet Part..suke tgk diorg ni...
Walaupun dah pernah bace novel ni dan dah tahu apa ending ye...tetap tak sabar nak tgk drama ni sampai Tammat...hehehe...
Tanda Putera adalah satu filem yang Hebat bagi saya, mula di tanyangkan pada 29 Ogos 2013. Pertama kalinya saya menonton wayang semua penonton diminta berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku, saya bangga menjadi Rakyat Malaysia.
Filem ini mengandungi banyak mesej perjuangan Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail dalam mengembalikan kemakmuran Negara selepas peristiwa 13 Mei 1969. Melalui filem ini saya dapat lebih mengenali dua tokoh Negarawan yang hebat ini.
Kagum dengan semangat perjuangan Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail. Bangga kerana Malaysia mempunyai dua tokoh hebat ini. Saya juga kagum dengan perwatakkan Isteri tokoh2 ini iaitu Toh Puan Rahah dan Toh Puan Norashikin, semangat juang suami mereka berlatarkan kasih yang padu dari isteri yang sangat memahami.
Kesimpulannya, Filem ini harus ditonton semua rakyat Malaysia supaya rakyat boleh mengambil iktibar dengan peristimewa 13 Mei. Hargailah kemakmuran yang negara kita ada pada ketika ini, supaya tidak akan terjadi lagi peristiwa pertumpahan darah seperti 13 Mei. Kenanganlah jasa perjuang tanah air kita dahulu untuk kita hidup aman dan tenteram sekarang ini..